My Photo
Name:
Location: dine in hell

I am going to achieve my achievement in two years later.

Tuesday, May 20, 2008

Bencana gempa bumi

Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakan blog aku kali ni. Versi Bahasa Malaysia kali ini? Haha... Agak tidak begitu biasa dengan menaip Bahasa Malaysia sejak aku menamatkan pelajaran saja di sekolah menengahl. Harap maaf jika bahasa saya membuatkan kalian tidak faham akan isi-isi.

Jangan salah faham ye, ini bukan rencana mahupun karangan yang di perlukan of guru-guru sekolah. Hak cipta terpelihara.

Bencana Gempa Bumi

Aku di kejutkan dengan berita ini dari rakan sekerja yang lain. Kira-kira setengah daripada jumlah penduduk di negara China terlibat dalam bencana semula jadi ini. Ada yang cedera malah lebih truk lagi, ada yang maut dalam bencana tersebut. Becana sebegini sudah tentu anda rasa, "Alah, ini biasa sajalah, gempa bumi saja, apa yang menarik, tsunami pun macam ni melanda Indonesia"

Ya ini nampak biasa. Tetapi hatiku macam terasa sesuatu akan berlaku tanpa dugaan manusia pada masa hadapan. Sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia dan bukan lain daripada apa yang aku hendak maksudkan ialah Hari Kiamat? Walaupun aku tidak mempunyai agama seperti manusia lain, tetapi aku percaya akan wujudnya hari tersebut dalam masa hadapan ini.

Tanda-tanda Hari Kiamat akan berlaku:
1)Jumlah jantina perempuan di dunia ini semakin melebihi jumlah jantina lelaki
2)Orang lelaki mula bersifat keperempuanan
3)Perang dunia, saudara dan lain lain yang diiktirafkan oleh agama lain.

Aku pun tidak tahu mengapa saya begitu aktif sekali dalam menaip blog ini sedangkan waktu sekarang ialah jam 2.21am. Menakjubkan?

Sebenarnya, aku berasa simpati terhadap mangsa-mangsa bencana alam di Sichuan, China. Bayangkanlah, mereka kehilangan ahli keluarga mereka yang tersayang. Jikalau tertimpa pada kita, apa yang harus kita lakukan? Sudah tentu berasa sedih seperti apa yang mereka rasa. T.T

Aku ni orang yang berjenis lembut. Aku nampak kuat dari segi luaran tetapi apa yang anda rasakan itu salah, sebenarnya apabila aku ternampak and merasai orang berasa sedih dan menangis, hatiku mula lembut terutamanya kaum perempuan. Aku begitu takut sekali jika mereka menangis di depan mataku.

Hanya beberapa tempat di kawasan KL dan Selangor saja yang merasai gegaran setakat ini. Dan jika aku tidak salah, negeri Melaka turut merasai sedikit gegaran daripada bencana gempa bumi yang berlaku di Indonesia.

Agaknya aku terlanjur dan waktu ini adalah untuk merehatkan diriku setelah sekian lama berkerja seharian. Selamat Pagi semua!!


p/s: It is totally hard blogging in Bahasa Malaysia. You know what my Bahasa very poor and I think you all couldn't understand what am I crapping above. Nevermind, its just some rough diary of mine . Its diary anyway.....

btw love this wallpaper...


...not to forget the EarthShaker from Dota Allstars

don't use your skill anymore pls.... xD

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home